Pengajaran berguna dari kisah ini: Kepentingan car seat untuk bayi


Walaupun kita sudah banyak membaca kisah kemalangan bayi dan kanak-kanak yang tercampak keluar dari kereta, ramai ibu bapa masih tidak mementingkan penggunaan car seat untuk anak mereka. Kenapa agaknya ya?

Adakah ibu bapa tidak tahan mendengar anak merengek dalam car seat?

Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap keselamatan anak, kita sepatutnya melatih anak untuk duduk dalam car seat sejak lahir lagi. Tapi bukan itu saja ya ibu bapa!

Car seat yang dibeli hendaklah jenis yang sesuai untuk usia anak kerana car seat untuk bayi terdapat banyak jenis dan had berat yang berlainan. 

Jangan beli car seat untuk bayi yang lembut dan diperbuat dari kain.

Penjual suka sangat mempromosikannya sebagai alternatif yang murah, mudah alih dan senang dipasang. Namun, jangan mudah terpedaya ya! Produk tanpa sebarang ciri keselamatan ini tidak akan menjanjikan keselamatan anak anda.

Anak sepatutnya duduk dalam car seat sehingga mereka berusia 8 tahun


Anak perlu mengguna car seat dengan tali pinggang keledar 5 titik sehingga anak mencapai had berat dan had ketinggian maksimum car seat itu. Selagi belum mencapai had ini, anak tidak digalakkan untuk memakai tali pinggang keledar seperti orang dewasa. 

Selain itu, setiap car seat mempunyai tarikh luputnya, jadi jangan lupa untuk semak terlebih dulu jika ingin membeli car seat terpakai.

Ingat! Kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira waktu. Tangan yang memegang atau mendukung anak tidak akan melindungi anak jika berlakunya kemalangan.

Gaji bulanan akan sentiasa ada, tapi nyawa anak cuma satu sahaja. Jangan tunggu sehingga menyesal kerana tidak membeli car seat untuk bayi. Car seat yang sesuai, dan dipasang dengan betul boleh menyelamatkan nyawa.

Sumber : my.theasianparent.com