Jangan Tidak Tahu! Inovasi Hebat Ini Dapat Menyelamatkan Mangsa Kebakaran dalam Beberapa Minit!


Seringkali kita melihat apabila berlakunya kebakaran di dalam bangunan yang tinggi, ramai yang tidak dapat diselamatkan. Hal ini kerana, ketinggian bangunan menyebabkan mereka yang terperangkap tiada jalan keluar lain. Maka, ini boleh menyebabkan kematian sekiranya tiada sebarang langkah alternatif diambil.


Kini, memperkenalkan kaedah menyelamatkan diri daripada kebakaran yang baru menggunakan gelongsor. Gelongsor ini dikenali sebagai vertical slideway system dan apabila ianya sukar untuk menyelamatkan diri menggunakan lif atau tangga, lubang gelongsor ini boleh digunakan.


Mangsa boleh membuka penutup lubang itu dan memasang gelongsor itu. Ianya membenarkan mangsa untuk menyelusuri gelongsor setinggi 120 meter, atau dalam anggaran 50 tingkat.

Ianya mempunyai 3 jenis material yang kalis api. Ianya juga boleh menjerut dan membolehkan mangsa menggunakan gelongsor itu dengan kelajuan terkawal. Material yang digunakan juga dipastikan untuk menampung berat mangsa dengan baik.


Kaedah ini membolehkan 25 orang diselamatkan dalam masa satu mini dan kebanyakan bangunan boleh memasang sistem ini.

Lagi faedahnya? Golongan kurang upaya atau yang sudah tercedera boleh menggunakan kaedah ini untuk menyelamatkan diri.
Sumber : erabaru.com.my