Anak Muda ini Berjalan Kaki 8 Kilometer Setiap Hari ke Tempat Kerja, Anda Tidak Akan Percaya Apa Yang Rakan Sekerja Telah Lakukan Untuknya
Derrick Taylor merupakan seorang pemuda yang sangat cekal dan bertanggungjawab. Setiap pagi, dia akan bangun sebelum terbit matahari dan berjalan sejauh 8 kilometer, semata-mata untuk pergi ke tempat kerja. Syif kerjanya bermula pada jam 4 pagi di syarikat penghantaran barang UPS.
Ia bukan satu pekerjaan yang mudah, namun, apabila mengenangkan ibunya yang sedang sakit, Derrick tempuhi juga kesusahan itu.
Dia sudah bekerja di syarikat itu lebih dari setahun dan membantu memunggah barang daripada trak penghantaran. Setiap jam, dia akan dibayar upah USD 11.90 dan setiap hasil wang pendapatannya itu diberikan semula kepada ahli keluarganya. Jadi, dia tidak berkesempatan untuk membeli kereta sendiri.
Jadi, rakan-rakan sekerja Derrick yang begitu kagum dengan sikapnya itu telah bersetuju untuk membantu Derrick. Mereka pun mengumpulkan wang dan membelikan kereta Jeep Cherokee terpakai khas untuknya.
Derrick kelihatan sangat terharu dengan usaha rakan-rakan sekerjanya itu. Siapa pula yang tidak akan terkejut sekiranya dihadiahkan sebuah kereta secara tiba-tiba?
Adakah anda terharu dengan kisah yang dipertonjolkan? Kongsikan bersama rakan tersayang.
Sumber : erabaru.com.my


